Feb 14, 2011

BUAH PINGGANG ROSAK BERPUNCA DARI UBAT

Apabila sudah terkena diabetes, lama-kelamaan mesti ia dikaitkan dengan buah pinggang. Kenapa ini terjadi? Ramai yang mengatakan diabetes ada kaitan dengan buah pinggang, tetapi sebenarnya ramai yang tidak mengetahui, kerosakan buah pinggang "kidney paralyzed" bukan disebabkan diabetes. Walaupun tanpa diabetes, kita tetap boleh terkena kerosakan buah pinggang "kidney paralyzed". Setiap orang yang telah menghidapi diabetes, ia pasti tidak pernah putus menjalani rawatan doktor, setiap kali rawatan, pasti doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepadanya. Pada mulanya ia menghidapi diabetes ia tentunya belum terkena kerosakan buah pinggang, namun setelah menjalani rawatan doktor untuk beberapa tahun (biasanya 4 tahun keatas), doktor pasti akan mengatakan ada tanda2 "kidney paralyzed".
Punca sebenar kenapa buah pinggang tersebut rosak adalah disebabkan oleh pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor tersebut terlalu kerap dan lama, buah pinggang pula,selama pengambilan ubat doktor tersebut banyak melakukan kerja2 berat, menapis segala ubat, toksin atau apa saja yang kita makan. Kerja yang berat inilah yang membuatkan semakin lama buah pinggang akan lumpuh menjalankan tugasnya. Adakah doktor tersebut bersalah kerana memberikan ubat tersebut kepada pesakit sehingga penyakit tersebut bukan baik malah menambahkan koleksi penyakit?. Sebenarnya doktor tidak salah dan ubat yang diberikannya memang untuk penyakit yang pesakit hidapi. Kalau salah, buat apalah doktor tersebut belajar tinggi2 sehingga dapat dr Phd atau sewaktu dengannya.
Doktor hanya orang yang memberikan ubat, baik manapun ubat tersebut kalau tiada yang dapat menghantar ubat tersebut ke tempat yang sepatutnya, ubat tersebut akan menjadi sia2. Siapa yang menghantar ubat tersebut ke temapt yang berpenyakit tersebut? Dalam diri kita setiap zat, ubat, oksigen, atau apa saja yang diperlukan oleh tubuh kita, darah menjadi transit atau penghantar kepada semua itu. Sekiranya ada sebahagian saluran darah tersumbat, penghantaran ubat tersebut ke tempat yang sepatutnya tidak dapat dilakukan seterusnya ia akan membawa semuanya ke buah pinggang untuk di tapis dan dibuang. Oleh kerana terlalu banyak kerja yang diberikan kepada buah pinggang kerana ubat tersebut tidak sampai ke tempat yang sepatutnya, buah pinggang akan rosak. Kerosakan buah pinggang lebih memeritkan lagi penderita diabetes tersebut.

No comments:

Post a Comment

Komen dan pertanyaan anda sangat dialu-alukan.
Komen yang berunsur fitnah, menghina, tidak membina, lucah dan keterlaluan akan didelete. Hanya registered users termasuk open ID sahaja dibenarkan komen. Anonymous tidak lagi kerana ada di antaranya yg tidak bertanggungjawab dgn memberi komen yg mengutuk tapi tak berani perkenalkan diri. Kami tidak menjalankan urusan dengan berselindung.
Nama, emel, no telefon, no akaun bank, gambar dan FB saya adalah benar.