Jul 10, 2010

ADA KE YANG TAK MINUM AIR?

Saya tertarik dengan penjelasan seorang doktor baru-baru ni yang menyatakan semua orang minum air, takde orang yang tak serasi, alah dan sebagainya dengan air. Kalau sesetengah ubat mungkin ada yang alah tapi air merupakan keperluan asas yang sama kepada semua manusia bahkan haiwan dan tumbuhan.

Nabi pun ada pesan dalam bab makan minum ni. Waktu bangun pagi sebelum gosok gigi minum dulu. Dikatakan waktu itu mulut kita ada enzim yang baik untuk perut. Begitu juga semasa makan. kalau nak minum, minum sebelum atau selepas makan. Jangan sulam air semasa makan. Minum selepas makan pun kena ada "gap", jangan terus minum. Ini untuk kesihatan, bukan apa. Perut pula dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu makanan, udara dan air. Maksudnya kalau makan tu jangan mentekedarah sampai takde ruang untuk air dan udara.

Begitulah hebatnya nabi, dalam bab makan pun ada panduan. Persoalannya, adakah air yang kita minum setiap hari benar-benar bersih dan membantu memelihara kesihatan kita. Kalau di Batu Pahat ni memang maklum antara yang terkotor airnya sebab tercemar dengan ammonia. Menteri Besar Datuk Ghani Othman sendiri mengumumkan bahawa pihak berkuasa sedang berusaha merawat air yang tercemar tersebut dengan kaedah terkini.

Tetapi dengan teknologi nano, menggunakan biodisc, kita boleh mengubah air biasa kepada air yang bertenaga di mana PHnya 7.6 dengan molekulnya cantik seperti kristal. Sebab itulah inventor biodisc Dr Ian menyatakan kita ada harapan 70% lebih dari segi kesihatan tubuh badan kerana 70% tubuh badan kita merupakan air.

No comments:

Post a Comment

Komen dan pertanyaan anda sangat dialu-alukan.
Komen yang berunsur fitnah, menghina, tidak membina, lucah dan keterlaluan akan didelete. Hanya registered users termasuk open ID sahaja dibenarkan komen. Anonymous tidak lagi kerana ada di antaranya yg tidak bertanggungjawab dgn memberi komen yg mengutuk tapi tak berani perkenalkan diri. Kami tidak menjalankan urusan dengan berselindung.
Nama, emel, no telefon, no akaun bank, gambar dan FB saya adalah benar.