Oct 5, 2011

KEAJAIBAN ANTI CLOCKWISE (LAWAN JAM) - SUNNATULLAH

Sekarang ni musim haji. Tahukah kita mengapa syarat tawaf ialah kaabah mesti di bahu kiri kita iaitu kita tawaf arah lawan jam.
Baca artikel ini.

TAWAF

Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya.

Pergerakan lawan jam di dalam jumlah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi nukleus, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.

Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut awan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

P/S: Salah satu kaedah rawatan biodisc ialah suluhan arah lawan jam.

No comments:

Post a Comment

Komen dan pertanyaan anda sangat dialu-alukan.
Komen yang berunsur fitnah, menghina, tidak membina, lucah dan keterlaluan akan didelete. Hanya registered users termasuk open ID sahaja dibenarkan komen. Anonymous tidak lagi kerana ada di antaranya yg tidak bertanggungjawab dgn memberi komen yg mengutuk tapi tak berani perkenalkan diri. Kami tidak menjalankan urusan dengan berselindung.
Nama, emel, no telefon, no akaun bank, gambar dan FB saya adalah benar.